Nuffnang..Jom Klik2

Monday 23 December 2013

HELLO KITTY FRESH & DRY

Macam comel je?? Hehehe..biasa lah persiapan untuk orang yang bermasalah minyak ni...hehehe..apa yg saya boleh kata tentang benda cute ni memang saya suka sangat dari yang lain..lepas pakai ni tampal tampal je nnt u boleh tengok dia punya beza ngan yang lain lain..hehe..good morning malaysia..

Published with Blogger-droid v2.0.10

Sunday 22 December 2013

ONE HOTEL HELANG LANGKAWI

Gambar lama cuma baru nak letak malam ni..saya check in sini 2hb Dec 2013..Di sebabkan keesokan hari nya saya harus mengambil flight ke KL dan direct to KK...jadi senang lah x payah nak kelam kabut bangun nak cari transport kan org pun dah tau hotel ni bersebelahan ja ngan Airport...harga bilil boleh tahan jugak dalam sekitar 250 hingga 300 semalam..keluasan bilik mmg luas lah dengan KING SIZE BED lagi cukup selesa..kelajuan WIFI?? jangan cakap lah mmg puas hati...saya suka tinggal hotel ini..selesa...jgn risau org kata dekat airport mcm mana nak tdr mesti bunyi kapal kan?? Hehe promise sya x dgr pun bunyi kapal mungkin sound prof kah...selamat bercuti..

Published with Blogger-droid v2.0.10

Friday 20 December 2013

HAIR TREATMENT

Hi selamat bercuti jadi saya pun buat buat cuti kat kampung sendiri..hehe..Rambut owh Rambut..masalah kulit kepala saya ni boleh buat stress x tentu pasal...mau tak?? Bayangkan setiap minggu harus tukar ke produk lain sebab setiap kali pertahankan satu produk, tu kulit kepala mula buat kelemumur bayangkan bukan semua jenis shampoo ada botol kecil kan? ?kalau beli besar mula lah membazir kalau pakai jugak mula lah penuh kelemumur so kali ni beli yang atas nasihat My Hair Stylish dia suruh saya pakai 2 benda di atas MYTHIC OIL by Loreal Professionnel and HAIR LIFE by Konxept. .fikir panjang jugak sebab harga dan botol dia besar risau nanti tak elok nak membuang pulak...harga bagi MYTHIC OIL RM 75 dan harga bagi HAIR LIFE RM 47...cara pakai shampoo mcm biasa tetapi tidak di galakan menggunakan conditioner buat sementara waktu dan cara pakai MYTHIC OIL ialah selepas mandi dalam keadaan tdk terlalu basah...result bagi 2 benda ni?? Belum cuba belum tau. .cuba lah dulu..hehehe

*im shining like a star*

Published with Blogger-droid v2.0.10

Thursday 5 December 2013

HAPPY BIRTHDAY BABY

HAPPY BIRTHDAY BABY...semoga menjadi anak yang baik taat pada org tua dan jugak agama..mama doakan baby mama sihat sejahtera dan di lindungi allah..hanya doa yang mama mampu berikan buat anak anak mama...alhamdullilah kemarin 4DEC2013 anak ku FYEARA FATIHA STARYZHA REVILLAME genap 5 tahun...cantik cake baby kan?? Baby yang pilih sendiri tau baby memang suka barbie takpa lah sekali sekala memenuhi permintaan anak yg tidak lah di kira melampau..waktu saya kecik kecik tak pernah ada kek secantik ni..tapi pernah sekali dapat kek garfield dari bapa tercinta hehehe umur 13 tahun masa tu...hehehe..thank u to Jane Sarah untuk kek ni..siapa siapa kawasan kk nak beli nak order cake boleh lah try cari dia facebook...hehehe kalau nak design yang cantik lah kalau nak rasa yang sedap saya x berani kata apa sebab setiap orang selera dia x sama...

Published with Blogger-droid v2.0.10

Tuesday 26 November 2013

MAK NYAH THE BOOMZSS

Wow tercangang sekejap melihat kecantikan dia.."MAK NYAH MALAYSIA MENANG ANUGERAH MISS INTERNATIONAL QUEEN 2013" amik kau.hehe bukan calang calang "Pertandingan Ratu Cantik Sedunia bagi golongan Mak Nyah"..mcm miss world jugak lah kan?? Best best best...Hadiah utama pulak BATH 300,000, sebentuk TIARA dan pembedahan PLASTIC percuma di BANGKOK....tapi pertandingan di adakan di PATTAYA THAILAND...dari negara kita ni dengar dua org salah satu nya dia ni lah MISS NUR SAJAT FARIZ dan seorg lagi Wong apa ntah..Tersentap dengan kecantikan yang ada pada diri dia menewaskan 17 buah negara yg bertanding..NUR SAJAT FARIZ telah di angkat sebulat suara  oleh juri  Memegang MOST TALENTED..mmg lawa lah x kisah lag dia pondan kah apa kah tu urusan dia ngan pencipta nya kan janji saya suka tengok dia..org kata dia seakan akan rozita che wan tapi bagi saya dia lebih lawa hehehe..masing masing ada aura masing masing..

*jeles I kat u nyah..*

Published with Blogger-droid v2.0.10

Sunday 24 November 2013

NASI LEMAK DI KEDAI GEMILANG BURGER

Kacau bilau dibuat nama KEDAI GEMILANG BURGER tapi yang saya makan NASI LEMAK rasa dia memang secukup rasa dengan sambal yang kaw2 lagi lagi ada sayap ayam bersama opps jangan silap bukan extra order SAYAP AYAM tu memang sedia ada bila kita order NASI LEMAK dia memang gemilang lah tempat dia hehe kedai biasa tp susunan dia tu dan kawasan dia bersih..tu gambar diatas adalah kesukaan saya..NASI LEMAK & TEH TARIK AIS cakap pasal TEH TARIK dia saya cakap jujur lah bagi saya x sedap manis hehehe..HARGA NASI LEMAK?, RM 5 sahaja berbaloi kan dengan SAYAP AYAM pulak...area mana?? ALOR SETAR JALAN PEGAWAI haaaa kalau nampak meja ada payung payung ada lampu lampu dia lah tu...selamat mencuba...jom jalan jalan cari makan..

Published with Blogger-droid v2.0.10

Thursday 21 November 2013

THURSDAY DAY GIFT

Alhamdullilah ya allah,Terima kasih atas segala rezeki yang telah engkau berikan kepada seorg insan seperti q..

Published with Blogger-droid v2.0.10

Saturday 16 November 2013

HIG HOTEL LANGWAKI

HIG HOTEL adalah hotel berkonsep Islam pertama di Langkawi.Berdekatan dengan Jeti Kuah,memudahkan lagi perjalanan anda kesini.Dengan menawarkan kemudahkan  "Kompleks Perniagaan" serta "Bazaar" yang berada di kawasan yang sama dengan hotel,ia memberi keselesaan untuk anda menikmati percutian sambil membeli-belah sedikit cendera hati buat sanak-saudara dan jiran tetangga..kawasan letak kereta yang luas dan percuma(tp kebanyakan dia pekerja hotel dan peniaga ja yang parking)dan ruang bilik dengan pelbagai kategori harga buat masa ni baru buka lagi kan jadi HAJI ISMAIL GROUP bagi harga PROMO bilik di atas dalam gambar adalah bilik yg kami sewa bersama ABG SULUNG SAYA FAIZAL JUMAHAT ialah bilik STANDARD SEAVIEW dengan harga RM119 sahaja ya..kalau Normal Price LOW SEASON RM220,PEAK SEASON RM250,SUPER PEAK RM270...bayangan harga promosi ni jauh beza kan??apa lagi cuti sekolah dah dekat ajak lah anak anak datang sini yah...

*hotel berkonsep TABUNG HAJI*

Published with Blogger-droid v2.0.10

Sunday 10 November 2013

MY FIRST PUA KUMBU

Nak kata apa kan dah siap org potong mcm ni??tak kan nak marah??huhuhu sedih jugak lah rosak kain..tetapi???takpa kita faham ni first time dia potong baju mcm ni jadi tak pa masih ada satu lg PUA KUMBU saya...

*senangkan hati yg sakit..hehe org potong kain salah kah??atau badan org yg pakai tu bambam??TOINK*

Published with Blogger-droid v2.0.10

Saturday 9 November 2013

KEGILAAN Q

Tengok tengok tengok jangan tak tengok...macam cantik jer macam cute jer...macam nak jerrrrr....tengah tengah dalam keadaan berjimat cermat ni pulak lah datang macam macam depan mata kan??3 cadar ni membuat saya happy sangat walaupun cuma tengok saja apa lagi kalau satu hari saya dapat cadar ni mcm mana lah yah??hehehe tulips bunga kesukaan saya..marilyn Monroe idol tu hehehe love tu semua kita punya hati dan perasaan...cadar ni di panggil cadar 3D lama dah kot cuma saya ja baru tau...wish list???lagi????ehmmm tunggu dan lihat saja lah....babushhhhh

Published with Blogger-droid v2.0.10

Friday 8 November 2013

OWH MY BIKINI

BIKINI??kenapa tetiba nak pakai BIKINI ni??buang tebiat kah???hehehe suka atau tidak saya tetap nak jugak walau pun cuma sehelai BIKINI..lucu gak 32 hdp di dunia ni tak pernah terfikir nak memiliki sepasang bikini tp bila ternampak begitu indah nya pemandangan KUA LIPE THAILAND terdetik di hati nak lah pakai bukan selalu pun lagi pun saya pergi dengan Mr Hubs kan apa salah nya...wah wah wah excited terover ni yg membuat saya tulis ttg bikini x terbayang seorg perempuan gemuk mcm di atas pakai bikini kalau baju renang biasa tu biasa lah dari time kecik kecik kali ni BIKINI wei...sempat lagi kuruskan badan sampai bulan depan agaknya lah yah...

Published with Blogger-droid v2.0.10

Wednesday 6 November 2013

LOVE THIS RING'S

Tadaaaa....pertama kali nampak terus jatuh wallet...hehehe...adakah ini akan menjadi wish list saya selepas kasut NIKE hari tu??in shaa allah...ada rezeki dapat lah salah satu dari gambar di atas..boleh lah padankan dengan rantai yg di hadiahkan kepada saya baru ni...excited ni...petang petang hujan hujan mcm ni best gak berangan layan perasaan..hehehe

Published with Blogger-droid v2.0.10

Thursday 31 October 2013

BANK & MONEY CHANGER BERGERAK

Cute kan van ni??canggih tak bangkok??sedangkan kita dengar mcm mcm cerita ganas tentang thailand kan??tetapi sebaliknya pulak bila kita btl btl kesana baru kita tahu keadaan di sana lebih selamat dari tempat kita sendiri...jangan pulak suruh saya pindah sana hehe...servis dorang mmg terbaik so yang kaki jalan tak kira waktu tu biar tengah malam pun kalau duit habis ha cucuk lah kat van ni dan kalau nak tukar duit pun silakan...hehehe

Published with Blogger-droid v2.0.10

UNEXPECTED GIFT

Terima kasih atas setiap pemberian dari kawan kawan yang tulus ikhlas menerima saya sebagai kawan...thanks to sis AMANDA kerna bagi saya sepasang rantai ni..semoga sis mendapat semua kebahagian di dunia dan akhirat..terima kasih ya allah kerna memberikan rezeki ni kepada saya...

*Lilly mcm ni mmg kena belajar jugak guna asesori hehehe*

Published with Blogger-droid v2.0.10

Wednesday 30 October 2013

FASHION MALL @ PRATUMAN

Sapa mau business baju asesori ha lai lai lai singgah PRATUNAM sini semua borong yang harga semua boleh runding..satu 50 kalau tiga 30...jauh kan beza harga dia??saya jangan tanya memang banyak saya beli baju saya baju anak baju kakak ipar saya semua ada disini yah senang ja cari tempat ni kalau nak best lagi boleh tinggal di SKY BAIYOKE..tinggi hotel ni boleh tgk satu bangkok...enjoy holiday..thank u Mr Hubs bawak saya pegi sini jimat duit dan cuci mata...

Published with Blogger-droid v2.0.10

SIAM PARAGON

SIAM PARAGON...ya allah shopping mall ni memang cukup termantap lah dalam shopping mall ni kalau ada duit semua boleh beli nak beli apa cakap??nak beli kereta??semua ada maaf lah gambar saya x berapa banyak sebab saya guna kan train kat sana jadi jalan tu sesak takut pulak..bila masuk dalam kepala saya pulak yg sesak memilih baju di H&M dengan keperluan lain biasalah kan ada anak so barang anak kena dahulu kan..kalau bawak anak pi sini tak sanggup kot rasanya sampai saya sendiri ternganga wow permainan ni saya tak pernah nampak saya tak pernah main macam macam ada...siapa suka ikan di bawah SIAM PARAGON ni lah terletaknya AQUA tu yah...maaf gambar saya x dpt up kan..sebab sebab tak lawa..hehehe

Published with Blogger-droid v2.0.10

JATUJAK MARKET BANGKOK

Lama tak up gambar dan cerita cerita kan??kali ni saya pergi bangkok selama 4 malam sampai bangkok jumaat malam jadi ngam ngam hujung minggu kan??memang niat nak datang hujung minggu sebab Jatujak Market akan lebih Meriah bila hujung minggu semua block buka dari BAJU,BAG,KASUT,PAKAIAN PEREMPUAN,LELAKI,KANAK KANAK,KAIN,CADAR,MAKANAN,TUMBUHAN,PERHIASAN DAN HAIWAN semua beroperasi pada hari JUMAAT hingga AHAD..masa ni jangan lah terfikir nak bermakeup tebal nak bertumit tinggi nak pakai kemas kemas..baik fikir pakai pakaian yg ringan sediakan bag besar hehehe senang untuk persiapan..mcm saya memang x di nafikan beribu orang ada keramaian dia orang dorang jugak malaysia indonesia pilipin ni majority akan jumpa di setiap kiosk yg ada hehe..mungkin diaorg datang untuk membeli barang yang akan di bawak balik sebagai bisnis..x lah kosong balik ada harapan cari duit sambil berjalan kan...ok lah nnti sambung ttg PRATUNAM pulak...see yah..

Published with Blogger-droid v2.0.10

Monday 21 October 2013

LIMITED

Hi...cuba teka saya ni ppuan kah lelaki??hehehe tengah mencari cari nama buat baby baru ni...kenapa tajuk LIMITED sebab dia baka mahal tak mampu nak beli banyak..dapat satu ja pun kira dah bersyukur...

Published with Blogger-droid v2.0.10

SATE

Keluar dari border danok ja dalam keadaan hujan hujan macam ni sejuk macam macam nak makan..terus terang saya kata kalau kedai makan kat changloon ni baik jangan lah berharap yang sedap huhu sorry yah tapi memang akan buat kita kecewa lah sampai saya sendiri kata baik makan kat umah sedap lagi kot saya yang masak..huhu..petang ni tak tau kenapa saya bagi tau kat laki Mr Hubs ni saya nak makan sate????hehe dia pun kata nak pi beli kah atau kita pesan orang?saya kata mcm mana pun xpa..jadi dia pesan lah kat org dalam masa 1 jam sate dah sampai...rasa dia mcm sate nak bg star hujan so xda...timun tu burung saya yg makan suka gak rupanya burung ni kat timun...hehe...

Published with Blogger-droid v2.0.10

HAPPY BIRTHDAY YAM

Lama x up gambar kan??sibuk berjalan sebenarnya hehe...saja masuk kan gambar ni sebab warna kek yang menarik perhatian saya..dan kek ni saya yang order buat kawan baik saya..hehe apa salah nya kita menghargai orang yang baik dengan kita kan?kek ni saya order di alor star dengan bantuan kawan jugak hehehe selama duduk di kedah ni memang saya suka order kat KEDAI KEK SAYANG ni..harga dia pun berpatutan bergantung dengan rasa dan bentuk yg kita nak..kalau kek yang saya order ni hanya 70rm sahaja dengan perisa YAM..macam nama kawan saya jugak...happy tgk org lain happy..

Published with Blogger-droid v2.0.10

Monday 14 October 2013

AYAM KAMPUNG

Sup ayam kampung ni memang kegemaran saya dari sejak saya mula melahirkan anak pertama..sup ni memang terkenal di kota kinabalu tempat di mana saya di lahirkan sebagai pemanas badan dan buang angin,sangat sesuai bagi orang yang baru sahaja melahirkan atau baru sahaja mengalami keguguran..tradisi ni turun menurun dari keluarga sebelah mama yang berdarah cina dan kadazan atau sino kadazan..selama masa berpantang cuma sup ini sebagai menu harian saya dan tidak membosankan walaupun selama 3 bulan..buat pengetahuan orang islam sup ini mengandungi LIHING atau arak yang di perbuat daripada BERAS dengan cara kampung kalau cara original nya tapi boleh jugak tidak meletakkan LIHING tersebut....hehehe

*sesuai dimakan waktu hujan demam dan rasa badan mempunyai angin.thank u*

Published with Blogger-droid v2.0.10

Thursday 10 October 2013

ME & SHAWL

Tadi dah cerita sedikit kesedihan hati kan?sekarang cerita tentang lawak dan lucunya pulak yer...okay yang SHAWL MERAH tu semua dah tahu kan di mana saya dapat kan??Ok sekarang gambar kedua tu saya nak ucapkan TERIMA KASIH kepada KAK KAJIJAH @ JEE JAH kerna telah menghadiahkan saya SHAWL@ PHASMINA bersama NINJA hehe..kalau salah tolong faham lah sebab hobi baru tu yang tak tau lagi apa nama manja benda tu nak ikutakan hati panggil tudung ja..Tapi saya kagum dengan semua org yang pakai tudung atau shawl atau apa pun kerna disitu pun dah di uji kesabaran kita untuk kelihatan sempurna dalam penampilan harian kan??nasib lah tak bocor kepala saya waktu pakai THARA SHAWL yg merah tu tau lah ngan JARUM selit tepi telinga hehehe tiru dekat youtube lah apa lagi ahayyy...waktu dapat ja buat walaupun sama tapi tak serupa hati saya rasa happy sangat sebab tak sangka kan boleh huhu sakai kah apa kah yg ada dalam fikiran org tu takpa saya x kisah pun asal saya HAPPY hehe...Yang sebelah tu mudah sikit dari yang merah sebab nya dia x pakai jarum tapi pakai keronsang atau pin kecik kat belakang jadi sorong tarik sorang tarik..org kata pi mai pi mai tang tu....hehe...gelak lah ngan keSAKAIAN saya ni saya izin kan...hehehe...

*1000 kali TERIMA KASIH kepada KAK JEE JAH & SIS LILLY*

Published with Blogger-droid v2.0.10

NAWAITU

Amin syukur kepada Allah kerana saya masih diberikan waktu untuk berubah insha allah..Niat di hati memang ada tetapi belum tau bila,melihat anak semakin membesar rasa malu untuk tdk memperbaik pulihkan diri yang masih banyak kekurangan lebih lebih lagi melihat kedua org tua semakin meningkat umur...Jutaan Terima kasih saya ucap kan kepada LILLY  yang baru saya kenal tetapi rasa senang dan mudah untuk saya ceritakan perit manis liku liku kehidupan saya seharian...Terima kasih kerna sudi mendengar melayan cerita saya yang kadang kadang terkeluar tajuk macam sekarang ni lah kan dah keluar tajuk...hehehe..Lilly terima kasih kerna telah bantu saya dapatkan THARA SHAWL by SUGARSCARFT ni adalah SHAWL saya yang pertama dan masih mencuba cara memakainya dengan sebaik mungkin bukan hanya menyarungkan di kepala sahaja tapi jugak di hati saya..dengan izin allah dan keluarga saya terutama bapa saya mak saya anak anak saya dan Mr Hubs,saya teringin menjadi yang baik walaupun bukan yang terbaik..cuma saya memerlukan sedikit masa untuk berubah..bersabar lah.Berbuat baik tdklah semudah berbuat jahat tapi dengan berkat doa orang orang yang paling berharga insha allah akan di permudahkan segalanya...
Ya allah kau lindungilah orang tua ku anak anak ku ahli keluarga aku memohon kepada mu...kau tambahkan lah lagi kekuatan kami untuk teruskan hidup di jalan mu...amin
* jangan menghakimi Q dengan apa yg kamu dengar atau nampak di ruangan Q tanpa mengenali Q..aq manusia biasa yg pernah melakukan kesilapan untuk q perbaik.berikan aq sedikit waktu*

Published with Blogger-droid v2.0.10

Wednesday 9 October 2013

THE BEST FOOD FOR MY CATS

- NO ADDED FILLERS
- GRAIN FREE
- ALLERGEN-FREE
- HELPS TO ACHIEVE&MAINTAIN IDEAL
    WEIGHT
- WARDS OFF DIABETES WITH EXTRA
    VIRGIN OLIVE OIL

Cerita tentang pengalaman saya memberi makanan kepada kesayangan saya daripada Royal Canin kira jenama elok dan sangat terkenal saya telah berpindah kepada TUSCAN NATURAL HARVEST saya beli kat KL waktu tu beli 7.5kg dengan harga RM 160.mahal tapi berbaloi buat anak anak bulus saya tak sampai sebulan semua gebu sihat gemuk paling penting tak ada masalah tentang poo mereka semua...insha allah nak teruskan bagi TUSCAN buat kucing kucings saya kat umah....

Published with Blogger-droid v2.0.10

RESEPI KU

Memasak salah satu perkara yang saya suka kadang kadang hehe..lagi lagi resepi luar...saya hidup merantau di negeri org ni memang kerap sangat lah..so resepi kambing ni saya dapat dari Manila Philippines...Orang sana panggil masakan ni ADOBONG KAMBING kalau orang kita pulak KAMBING MASAK KICAP..hehe nak jadikan cerita kalau kita tak pandai masak KAMBING ni dia akan mengeluarkan sedikit BAU yang kurang menyenangkan so kalau masak macam ni saya akan cuci daging kambing tu dengan air dan rebuskan bersama bawang besar dan halia..hehe kalau bab bakar pula saya akan campurkan sedikit yougart...selamat mencuba...

Published with Blogger-droid v2.0.10

Sunday 6 October 2013

KUCING Q MASALAH Q

Adui lah...tolong lah Mr Loba~Loba...jangan lah buat perangai jual mahal tu...dah lah gemuk malas pulak tu kesian lah kat girlfriend you tu...adui...yg cik putih@lola ni pun memilih lah sangat kot nak yang kurus macho hehe...tak kesian kah ngan Tita and Tito ni??bila lah kot nak merasa dapat baby kitten macam orang lain..kalau lola dah tak berani nak duduk dengan loba~loba ni??kenapa tetiba jadi garang bukan main...adui double trouble dah ni..kita cuba lagi k??hehe

Published with Blogger-droid v2.0.10

KPK RESORT DANORK BUKIT KAYU HITAM

Sekali up 2 keping gambar malam ni..tak tahu lah menjadi kah tidak?maklum sajalah guna fon kan hehe..Ok readers ceh macam lah banyak sangat orang nak membaca..kali ni saya tinggal kat KPK RESORT DANORK kat mana danork?dia salah satu border yang dekat dengan BUKIT KAYU HITAM area CHANGLOON.saya memang kerap ada kat danork ni maklum lah dekat dengan tempat tinggal Mr Husband saya dan lain cerita semuanya murah di DANORK ya.selalunya org yang menuju ke HATYAI terutama yang menaiki bas kah kereta kah mereka akan lalu jalan ni..so kali ni saya nak cari kawasan yang sunyi dan cantik Mr Husband cakap jom try HOTEL KPK GARDEN hotel baru harga semalam cuma 1200 THB free BREAKFAST extra masa charge di kenakan sebanyak 100 THB setiap satu jam.dengar cerita dalam kawasan SONGKLA hotel ni memiliki keluasan kolam renang yang Terbesar..bayangkan??so hotel ni boleh lah di jadikan tempat untuk bercuti bagi orang orang yang sudah berkeluarga bila di bandingkan dengan hotel hotel lain yang ada di DANORK ni....owner Hotel ni pun orang kita Cina Malaysia so ok lah...memang enjoy tidur hotel ni bilik dia luas bersih dan tidak bising..paling penting ada car park,security dan dan dan free wifi....dahhh...good nite

Published with Blogger-droid v2.0.10

Thursday 3 October 2013

HOORAY

Alhamdulilah saya dapat jugak kasut NIKE ni yang sudah menjadi WISHLIST hari tu...sampai sampai di Kuala Lumpur keesokan hari nya sya cepat cepat ajak Mr Hub's pi PAVILION cari kasut ni dalam hati macam mana lah kalau style ni x ada kat sini??cukup kah masa saya nak cari pat lain??maklumlah masa tu nak ambik flight ke langkawi....sampai saja di kedai Nike Pavilion tu dia mata saya tertumpu kepada Miss Red ni lah and cuma ada satu size saja untuk size kaki saya punyalah happy masa tu..x menyesal beli kasut ni..sangat sangat selesa di pakai.....

Published with Blogger-droid v2.0.10

Sunday 29 September 2013

SHAMPOO & CONDITIONER

Benda paling sensetif dalam diri saya apa bila memikirkan shampoo & conditioner lagi lagi lah kalau kena out station fuhh xkan nak bawak botol besar??banyak btl masalahkan??nasib lah jenis kulit kepala saya ni memang double trouble kalau pakai 1 brand shampoo lebih dari 7 hari mula lah kelemumur naik paling sengsara kelemumur jenis melekat dan tebal ni ish masalah..nak tulis panjang nnt keluar tajuk pulak kan?hehe selalu keluar tajuk pun...ok ok ni saya beli kat GUARDIAN dengan harga RM 18.90 sahaja senang di bawak kemana saja dan penting sekali dia cute..saya dah pakai selama 4 ari buat masa ni rambut saya ok bau pun harum...nak tau lebih lebih jom lah dapatkan di GUARDIAN berhampairan yerr....dahh...

Published with Blogger-droid v2.0.10

KEHOBIAN SAYA..

Wow wow wee...ini sebahagian dari koleksi saya yang berada di rumah kk..besok sya letak lagi sebahagian dari bahagian yah...

Published with Blogger-droid v2.0.10

THANK YOU FOR THE GIFT

Suka suki dengan apa yang saya ada sekarang..alhamdulilah amin..maaf lah kalau ada sesiapa yang ingat saya ni jenis nak menunjuk kah apa kah yah..saya x kisah dpt pahala percuma..cuma sya nak ucapkan THANK YOU to my friend JOJG for the DOUBLE C..hehe

Published with Blogger-droid v2.0.10

ALL ABOUT PERFUMES

Kegilaan saya semakin menjadi menjadi terhadap minyak minyak wangi..dari apa saja jenis haruman kalau boleh saya nak simpan sampaikan Mr Husband saya pun banyak simpan minyak wangi sebab saya suka buat koleksi tp cuma  botol yg masih berisi sya xkan simpan botol kosong sebab saya jenis x suka habuk dan x berapa cukup masa untuk mengelap koleksi saya..hehe...sesiapa jugak yg berminat nak memiliki original perfume boleh lah try try beli kat saya hehe harga special...bukan kata packing rosak atau minyak wangi dari luar negara dia murah ni sebab guna harga saya..lain brand lain harga ya darlings....enjoy my langkawi trip...chao.

Published with Blogger-droid v2.0.10

YSL LIPSTIC

Happy tahap Gaban...punya lah susah nak dapatkan jenama YSL ni sekarang specially cosmetic dia,7 tahun yg dulu masih ada lagi sekarang YSL cuma buat butik butik baju sahaja tu pun cuma di PAVILION KL..so siapa siapa yg nak try Lipstick ni boleh pesan dengan saya pada 25 hb harga 990 THB yah pos nnt tgk berapa harga charge...hehehe..kalau ada sesiapa yang teringin lah nak memiliki bekas lipstick yang class macam ni...saya nak saya nak lagi.....good nite langkawi...

Published with Blogger-droid v2.0.10

Sunday 22 September 2013

WISH LIST

Merah menarik perhatian saya...suka sangat kasut jenis macam ni..mula mula nampak ummi aida pakai tapi bukan nike yang pasti so harga dia mmg cukup mahal bagi saya buat sepasang kasut jadi tak jadi..tup tup tengok instagram nampak pulak Nike ni so dalam fikiran saya kalau harga Nike yes insha allah saya akan dapatkan u minggu depan ni..tak boleh tahan rasanya nak memakai benda ni...

Published with Blogger-droid v2.0.10

Wednesday 18 September 2013

ASAM PEDAS MAMA

Makan...Makan...Makan....ini lah yang saya buat bila berada bersama Mak saya..taulah kan balik kampung kata kan...rasa mcm hari hari makan kat kedai..nak makan apa tau order ja..syukur alhamdulilah kepada allah kerna memberi kesihatan kepada kedua orang tua saya dan bersyukur hingga hari ini saya masih boleh merasa masakan mak saya...tau lah power air tangan ibu ni lebih sedap dari makanan di hotel hotel 5 star..lupa Amin...sorry yer xda apa yg special pun just nak hargai masakan mak saya...

Published with Blogger-droid v2.0.10

PUA KUMBU

PUA KUMBU??apa tu?ha mcm ni lah saya waktu first time dengar PUA KUMBU ni...rupa rupanya kain ini berasal dari SARAWAK dan sangat POPULAR di SARAWAK....Kisah PUA KUMBU ini TENUNAN kain "pua" atau di kenali sebagai TENUNAN IKAT adalah seni TENUNAN yang di hasilkan oleh WANITA IBAN SARAWAK...ia adalah hasil TENUNAN daripada benang kapas yang di TENUN menggunakan "KEK IBAN.....berapa banyak TENUN da...dengan rasa seronok contoh kain di atas tu adalah kepunyaan saya yah hehe..kain dia elok sejuk x kasar dan takda jahitan seperti kain batik atau kain sarung yang sudah di jahit tepi..upps kain ni cuma 2 meters saja so pandai pandai lah nak buat mcm mana..hehe sebelum terlupa terima kasih daun keladi saya ucapkan kepada lilly kerna telah memperkenalkan saya kain ini...

Published with Blogger-droid v2.0.10

Monday 9 September 2013

CUTI CUTI SABAH

Land below the wind....hehehe tempat saya di lahirkan,kalau dengar berita dari luar sana org kata negeri sabah ni kotor takda kemajuan kan??jadi saya nak puji lebih lebih pun tak boleh sebab ni tempat saya di lahirkan dan di besarkan tapi takpa lah saya tak kecil hati pun..ok this is the last weekend saja saya and family menginap di hotel MING GARDEN AND RESIDENCES hotel ni besar??yes memang besar and bersih the best things pasal hotel ni is dia bukan saja hotel but dia jugak condo style so bagi yg ada family boleh try stay sini ada bermacam macam jenis bilik contohnya family room atau deluxe 2 bedrooms wow kan??dengan harga yang kita mampu lah..paling penting ada lah keselamatan kita and family..short vacation lah yg baik..what u want u can get all here for free takda extra charges wifi,gym,pool and kids play ground....sorry yah dear x lengkap gambar..u can judge or u can see how happy my dear daughter here...terima kasih ya allah kerana memberikan kami kebahagian dan kesihatan...hehe lupa pulak nak bersyukur..

Published with Blogger-droid v2.0.10

FACE POWDER AND PERFUME

Wah nice kan the box??oops hati hati kata pepatah org putih DONT JUDGE THE BOOK BY THE COVER kah?hehe xpa silap pun ok...girls perempuan wanita apa apa pun lah selalu nya benda dua ni mesti penting kan?so bermacam macam jenis bedak muka and wangian yg kita nak,mcm saya lah contoh nya..saya ni mmg payah nak dptkan bedak asas muka yg betul betul ngam ngan kulit sya yg berminyak ni dari yg murah sampai lah ke mahal last sya dpt and mmg niat nak try N°7 ni sya beli kat bangkok dengan harga 850 thai bath mungkin dlm 90 ringgit malaysia sahaja berbaloi lah dengan keputusan yang amat memuaskan hati saya bila pakai dia mcm bedak biasa tp yg saya bangga kan dgn bedak ni sampai malam saya pakai zone T saya x pun berkilat hehe muka nampak fresh cantik ringan..hehe puji lah dah barang sendiri kan?tp girls trust me sya boleh cakap terbaik jugak no tipu tipu u all can try....Yg perfume tu pulak saya tertarik dengan botol dia why??nak tau??joom google....hehehe wangian ni sweet bila musim nak duduk dlm aircond atau jalan malam for dinner sya pilih ni...sekian terima kasih...

Published with Blogger-droid v2.0.10

Wednesday 4 September 2013

GELOMBANG CINTA

Gelombang Cinta???apa dia??hehe pokok bunga yg my mom dapat dari indonesia..

pokok ni mmg cantik dan satu ketika dulu pokok bunga ni di jual beratusan ringgit..kalau pergi bali masuk kawasan hotel pasti ada di tengah tengah kawasan hotel...macam macam nama bunga kan..thank u for reading..
Published with Blogger-droid v2.0.10

LIST OF SPECIAL PLANTS


Terperanjat tgk bunga ni dalam gelas...mama letak atas meja makan..heran apa dia ni ma??itu bunga kunyit lah...hehehe mana nak tau...cantik...
Published with Blogger-droid v2.0.10

ERASE YOUR SCAR..oopss

Hello darling sisters..siapa x mau cantik lagi lagi lah perempuan macam saya hehehe

org kata lagi tua lagi nak berlawa kan??tp boleh x kita elak dari kena gigitan nyamuk semut luka luka kecil atau secara tak tersengaja air panas,kuali masa memasak??ini semua meninggalkan kesan kepada kulit kita owh my skin...sayang!kadang malu nak tunjuk kat org..saya pakai benda ni dah masuk 2 tahun alhamdulilah selepas pakai benda ni parut xda kesan lebam pun cepat hilang dan cepat sembuh..kalau sesiapa nak beli pastikan dia original dari bau dia kita boleh tau dia ori atau tidak..thank u bao fu ling for taking care my skin and my family...I will always bring u mana mana pun....
Published with Blogger-droid v2.0.10

THE BEST MASK

Well..well..well..apa yg sya nak cakap kali ni sdh tentu tentang Mask muka ni..sebenarnya saya tau mask ni pun dari beberapa orang kawan dalam facebook dan jugak instagram bila tgk gambar diorg kulit muka cantik sangat tp sempat jugak saya berfkr dengan fon yg canggih sekarang bermacam macam foto editor tu 

 so saya simpan ja lah hasrat nak beli benda ni lagipun kat malaysia mungkin sukar untuk sya nak dapatkan mask muka ni.o saya pendam ja lah dalam hati kalau jumpa mungkin saya akan beli hehehe time tengah berjalan kat bangkok saya pun secara tak tersengaja nampak dan beli lah harga 800 thai bath dalam 80rm duit kita.biasanya perempuan ni lebih lebih lagi lah bab kecantikan ni bila dah beli balik ja mesti nak cepat cepat try,apa lagi saya pun sama nak tahu jugak kan apa yg baik sgt ttg Mask muka ni...hehehe bila sya buka tgk dalam dia macam yougart wow excited bila saya letak kat muka rasa mcm very soft lama lama mcm ada mint jd kalau dah mint muka mcm rasa sejuk best..x lama kemudian rasa kencang kulit muka benda ni boleh bawak tidur so saya pun tidur..besok bangun basuh muka amazing..Mr Husband pun sibuk gak dia pun rasa Mask muka ni bagus.....kalau nak tau lebih lanjut cuba check tofu-moritaya...pesanan kalau jumpa beli lah berbaloi...thumbs up..
Published with Blogger-droid v2.0.10

PANDORA

You like style u must like PANDORA..boleh lah pakai pi mana pun kita nak dengan gaya dan pilihan sendiri..hehehe...

Selamat Bergaya lovers...before sya lupa many many THANKS to My Kakak KHAJIJAH yg telah belikan gelang pandora dan THANKS jugak kepada Mr Husband yang hadiahkan clippers,dangle charm,pave and charms...semoga sihat selalu dan diberikan rezeki yg berlimpah...
Published with Blogger-droid v2.0.10

Monday 2 September 2013

ALL IN ONE

Why all in one??I suka suka ja called it ALL IN ONE..sebab sya jenis mmg sekejap sini sekejap sana bila Mr Husband ada hal dia bawak lah pi merata short travel je so mmg kita jenis yg suka bawak bag masing masing no sharing..so I ternampak bag ni kat tepi NANA road shukhumvit terfkr dgn baju kotor yg banyak nak letak kat mana??


so I tanya lah sales lady tu 450 thai bath murah and cute saya pun beli..lepas ni senang lah dengan bag ni kalau pi mana dia boleh extra terlebih beli barang boleh gunakan dia jimat..hari tanpa plastic pun boleh jugak gunakan dia..hehehe kadang kadang bila keseronokan membeli ni kita x sedar berapa banyak bag plastic yg kita nak pegang so kalau ada bag mcm ni senang masuk ja dalam bag ni semua save and safe..tak ada yg akan tertinggal dan x perlu dptkan bag lain....beli lah beli....
Published with Blogger-droid v2.0.10

THE MAYOR RESORT


Anyone yg kaki jalan specially dekat border Bukit Kayu Hitam @ Padang Besar boleh lah singgah di The Mayor Resort
kenapa?
Ada apa??ok ada bilik for rent and the view is very very nice the most special things is tempat ni HALAL all seafood masakan dia mmg super duper sedap gambar di atas tu daging harimau menangis and ikan steam limau..u all boleh cuba ayam kampung paprik berpeluh gak lah cukup pedas....so pls go and visit...thanks to my sister thanaporn vegas yg telah invite us here for dinner
Published with Blogger-droid v2.0.10

WHITE COLLAGEN

Kebetulan di bangkok hari tu x bawak pencuci muka takut tumpah so time lalu nak pi siam paragon jumpa mini shop ni,,biasala kan thailand kalau bab bab kecantikan ni  dorang kira hebat jugak..so sementara husband dan adk dia tukar duit saya masuk kat mini Beauty Buffet ni sya tertarik dgn susunan kedai dia.so sya pun teliti satu persatu brg dia dan tertarik kepada SCENTIO WHITE COLLAGEN ni..ini specialy untuk kulit muka berminyak mcm sya..info ttg product ni boleh lah google sendiri erk...so far soo good.

Published with Blogger-droid v2.0.10

BED COVER

Hi..lama jugak tak cakap sendiri kat blog sendiri kan??Hari nak nak bercakap ttg cadar..gambar cadar di atas yg very simple tu saya beli beberapa bulan yg lepas di bangkok dengan harga 500 thai bath hehe dalam 55ringgit tukaran mata wang waktu tu..Biasalah kalau dah perempuan ni biar pergerakan nampak kasar tp ttp ciri ciri kewanitaan tu ada..bg saya kegilaan utk membeli cadar ni mmg dari time belum berrumah tangga lagi asal nampak ingat nak beli ja..cadar kali ni ada lah cadar yg termurah sya beli dan sya ingin ingin membeli lg kalau nampak ngan kain yg selesa warna yg menyejukan mata sya dan harga yg cukup smile..hehe

Published with Blogger-droid v2.0.10

ROYAL HILL GOLF CLUB & SPA

Percutian yg tidak di rancang mmg kelam kabut selalunya lg pun xda persediaan awal dan di taja oleh seorg adik angkat..kebetulan pada masa yg masa boss adik angkat membuat majlis perkawinan dia di Nakorn Nayok..pada mulanya perjalanan di jangka cuma menggambil masa 45 minit dari airport Don Muang International Airport Bangkok tapi sebalik nya..Perjalanan ke sana mengambil masa 3 jam setengah..hehe lenguh duduk dalam van yg di sewa dgn harga 3500 thai bath..28 Augost 2013 tgh malam sampai tapi sungguh berbaloi bila kepenatan dalam perjalanan di balas dengan keindahan tasik pemandangan dari ROYAL HILL RESORT & SPA  yg begitu luas dan bersih..so kalau siapa nak cuti tempat yg sunyi jauh dari bising dan kesibukan boleh lah memanjakan diri anda disini..till then..
Published with Blogger-droid v2.0.10

Sunday 18 August 2013

SUP IKAN POWER AT LINTAS KK

Hi..hi...hi...Good morning Malaysia..awal saya bangun kan??sebenarnya belum tido pun akibat insomia attack jadi biasa nya bagi org yg mcm saya ni mmg dia suka fkr macam macam sebab x boleh nak tido..ok lupakan ja lah kes insomia ni bukan penting pun..sejak saya balik kampung saya ni KK @ KOTA KINABALU puas sya makan mcm mcm makanan x logic mana mana pun banyak makanan..hehehe tapi yg ni lain sikit mmg cuma ada di kk dan ada tiga atau empat kedai yg buat menu ni SUP IKAN kali ni very speacial owang putih cakap hehe sebab dia dimakan bersama Mee semua jenis Mee bukan nasi ya?ada isi ikan fresh ada isi ikan goreng bertempat di LINTAS..rasa dia mmg yummiest hehe susah nak explan so setiap pelancung yang bukan dari yg dtg ke kk atau kemana pun mereka melancung first thing in mind is dia punya food kan??so boleh lah try SUP IKAN ni
Published with Blogger-droid v2.0.10