Nuffnang..Jom Klik2

Tuesday 9 September 2014

MY BEST CARAMEL


Hi and helloo...
Sejak menjak duduk kg ni mcm mcm masakan saya buat dari masakan kampun sup segala mcm saya buat.
Biasalah kan happy with family anak anak.
Kemarin buat karemal ala me hehe ni yg best tu 
Mr Hubbs yg x suka makan karemel makan 2 bekas bayangkan?? Cewah perasan sedap kan?? Mmg sdp pun dan bau telur langsung xda..
Bukan saja perisa vanila sya letak hehe siap dengan parutan kulit lemon.
sya jugak x gunakan air dalam karemel saya.mungkin sbb tu kot dia lain dari lain.sya guna kan 2 jenis susu..
susu pekat dan jugak susu manis..
telur pulak saya cuma guna kan kuning telur sahaja..yg putih nya sya buat telur dadar makan malam hehe..jimat lah x membazir.
kan..
itu saja lah sya merepek malam ni.
Salam.

Friday 5 September 2014

FRIDAY GIFT

Alhamdulilah..
Jarang jarang shoping sebab nak selesaikan segala hutang hutang dulu baru happy sikit nak beli barang apa yg kita suka itu pun ikut kemampuan masing..kan??
Jacket Hitam, Panel Chiffon Blouse & Trafaluc Blouse jadi pilihan mata xtau kenapa tapi rasa kali ni beli baju yg simple tapi elegant..
Senang nak pakai pi mana lah kira..
Happy Weekend

Thursday 4 September 2014

COTTON BUD

Salam Jumaat..
Hari ni mmg sya rasa betul betul ketakutan tahap gila gila hehe..mau x takut 33 tahun hidup dalam dunia ni first time cotton bud ni tertinggal dalam telinga.
Sedangkan baru semlm sya terbaca dalam Facebook salah seorg kawan sya terkena dan nasib baik ada anak dia tolong korek kan.
Sya pun siap pesan kat pembantu umah anak anak supaya hati hati guna kapas telinga.
Tup Tup Tup
Sya pulak mangsa huhu tau rasa mcm mana?? Cuba dulu kena baru tau.
Mcm mcm alat sya guna dari gunting kecik, alat pemicit jerawat segala bagai.
Last last sya ambik lidi sebb dia halus kan??
Patah kan hujung dia dan biarkan mcm tu jgn halus kan masuk kan dan pusing satu arah
Kalau ke kiri ke kiri jgn ke kanan kiri pulak. 
Kapas tu akan melekat di lidi tu dan senang ikut keluar..
Alhamdullilah kapas dah selamat keluar..hehe
Hati hati pengguna cotton buds tegar
Tgh tgh siok tu nnt tinggal pulak kat dalam hehe.

Saturday 30 August 2014

BEE HOON SUP UTARA

Bee Hoon sup UTARA
First time saya masak sup ni sebab Mr Hubs sangat suka makan jadi bila dah lama duduk kk mcm susah pulak nak makan makanan belah sana kan?? Mau xmau saya kena usahakan jugak memasak untuk dia.
Bee hoon sup ni saya rasa kalau kat changloon atau langakawi selalu ada lebih lebih lg bila time pasar malam kan??
Hehe alhamdulilah biar jarang sekali berperang kat dapur ni x pernah gagal lg mencuba sbb sya ni jenis derhaka semua sya ubah janji ada basic dia..
Sup saya ni saya campur tulang dan isi bayangkan sedap dia mcm mana?? Wakaka.
Sambal merah saya tu pun saya ubah dengan menggunakan air dari sup tulang saya dan biar dia masak sampai betul betul masak.
Maksud saya lama lah.
Sambal kicap pun sya ubah dengan menggoreng cili dan bawang putih terdahulu sebelum di blend..
Sedap gak lah yg penting Mr Hubs makan 4 mangkuk.
Selamat Menjamu Mata

Wednesday 27 August 2014

DURIAN DALIT

Nyum nyum Durian Dalit cantik kan warna dia merah.
Rasanya Durian ni cuma ada di kk saja hehe sedap.
Beza rasa dia ngan Durian lain dia lebih lemak dari durian biasa..
Ada 2 kaler satu merah satu kuning.
Buah dia x besar sama mcm durian kampung gak..

MISTERI


Hari ni aku di kejut kan dengan panggilan dari seorg kawan, mau x tekejut kan dah lah hujan lebat pulak..kawan ni kira kawan lama jugak lah kawan zaman purba org kata waktu tu guna fon NEC lagi..apa yg buat aku terkejut tu sbb setahu aku dia baru kawin 3 bulan dan sekarang dia cakap dia dah jadi balu ya allah tekejut beruk aku dengar..aku pun ucapkan takziah kat dia..
Biasalah kita kalau dengar perkataan Meninggal tu automatic keluar dari mulut atau dalam.fikiran nak tau pasal apa sakit apa dimana mcm mcm lah kan?? Standard org melayu..mcm aku lah melayu hehe..
Lama dia diam dia kata cuba kau fkr pernah tak org kena gigit tebuan meninggal dalam masa berapa jam ja?? Aku pun ternganga kejap aku x pernah dgr lagi lah kes mcm tu aku pun tanya dia balik kenapa banyak ekor ka tebuan tu dia masuk ladang ka mcm mana?? Alah biasalah soalan aku kan?? Mcm kau jugak lah kot hehe.
Dia kata x zie dia kena gigit tebuan tu seekor ja dalam rumah dan dalam bilik tido kami! Tapi sebelum kena gigit tu dia demam.kawan aku cakap kat aku lah..
Yg aku ni masih diam seribu bahasa dalam otak aku mungkin dah mmg waktu dia kot ajal kan kita x tau..
Kawan aku cakap lepas dia kena gigit tebuan tu dia berpeluh kawan aku pun lap lah badan dia dengan towel, kawan aku tanya dia nak pi hospital ka kawan aku paksa banyak kali dia kata xpayah sbb dia nak tido bagi dia rehat..so kawan aku tinggal kan dia rehat dalam 1 jam balik dia tgk laki dia dah xda.ambulance dtg dan doktor cek mmg sah dah meninggal..dr pun minta kebenaran cek buat posmoterm ka aku pun xtau mak kawan aku x bg sbb dia kesihan kat husband kawan aku tu ya lah kan cina mualaf DR pun heran kenapa mcm mana boleh jadi semua tanda tanya???

Kawan aku pun cerita lah dia ni ada org dengki pastu xgf dia pernah ugut kawan aku ngan lelaki ni dia kata perempuan tu cakap aku xkan biar kau hdp senang..
Aku pun takut lah jugak dengar mcm ni nauzubilah minzalik.
Minta simpang lah sgt..tu lah aku x suka berkawan sbb2 mcm ni..mana kita sangka dalam  2014 ni masih ada org guna ilmu hitam bagai kan? Xmau jadi korban..
Kadang2 kawan makan kawan cukup banyak di mana2..selalu org buat tersebut merasa sakit hati terhadap korban..berbuat baiklah pada semua org jgn buat org sakit hati atau pun kesal..
Ini pesanan buat ku sendiri..
Buat baik pun banyak x suka buat x baik lagi org x suka...
Allah Maha Besar.
Syukur aku di berikan kesihatan yg baik hingga hari ini..
Semoga Allah melindungi ku dan keluarga ku
AMIN.

Monday 18 August 2014

BELL BOTTOM's is BACK

*pic google*
Alohaaaaa.......bila tgk gambar ni terkenang masa kegemilangan dulu2 hehe, bukan saja saya tau yg lalui pengalaman pakai seluar ni?? Semua mesti pernah pakai even my mak dulu dulu pun pakai seluar ni xyah sebut seluar apa semua org tau apa nama dia kan???? Hahaha BELL BOTTOMs kan?? Teringat waktu time sekolah menengah rasanya seluar ni jadi pilihan remaja2.jadi rindu pulak nak pakai lg.
Rasanya yg lama masih tersimpan rapi dalam kotak pusaka sya hehe.tak tau boleh muat xlg ya?? Tau lah masa tu kan slim kurus sekarang dah jadi bolaat mcm kayu balak...apa apa lah...
Cerita boring di pagi hari..
Sekian wasalam..
Selamat bekerja..!