Nuffnang..Jom Klik2

Tuesday 9 September 2014

MY BEST CARAMEL


Hi and helloo...
Sejak menjak duduk kg ni mcm mcm masakan saya buat dari masakan kampun sup segala mcm saya buat.
Biasalah kan happy with family anak anak.
Kemarin buat karemal ala me hehe ni yg best tu 
Mr Hubbs yg x suka makan karemel makan 2 bekas bayangkan?? Cewah perasan sedap kan?? Mmg sdp pun dan bau telur langsung xda..
Bukan saja perisa vanila sya letak hehe siap dengan parutan kulit lemon.
sya jugak x gunakan air dalam karemel saya.mungkin sbb tu kot dia lain dari lain.sya guna kan 2 jenis susu..
susu pekat dan jugak susu manis..
telur pulak saya cuma guna kan kuning telur sahaja..yg putih nya sya buat telur dadar makan malam hehe..jimat lah x membazir.
kan..
itu saja lah sya merepek malam ni.
Salam.

Friday 5 September 2014

FRIDAY GIFT

Alhamdulilah..
Jarang jarang shoping sebab nak selesaikan segala hutang hutang dulu baru happy sikit nak beli barang apa yg kita suka itu pun ikut kemampuan masing..kan??
Jacket Hitam, Panel Chiffon Blouse & Trafaluc Blouse jadi pilihan mata xtau kenapa tapi rasa kali ni beli baju yg simple tapi elegant..
Senang nak pakai pi mana lah kira..
Happy Weekend

Thursday 4 September 2014

COTTON BUD

Salam Jumaat..
Hari ni mmg sya rasa betul betul ketakutan tahap gila gila hehe..mau x takut 33 tahun hidup dalam dunia ni first time cotton bud ni tertinggal dalam telinga.
Sedangkan baru semlm sya terbaca dalam Facebook salah seorg kawan sya terkena dan nasib baik ada anak dia tolong korek kan.
Sya pun siap pesan kat pembantu umah anak anak supaya hati hati guna kapas telinga.
Tup Tup Tup
Sya pulak mangsa huhu tau rasa mcm mana?? Cuba dulu kena baru tau.
Mcm mcm alat sya guna dari gunting kecik, alat pemicit jerawat segala bagai.
Last last sya ambik lidi sebb dia halus kan??
Patah kan hujung dia dan biarkan mcm tu jgn halus kan masuk kan dan pusing satu arah
Kalau ke kiri ke kiri jgn ke kanan kiri pulak. 
Kapas tu akan melekat di lidi tu dan senang ikut keluar..
Alhamdullilah kapas dah selamat keluar..hehe
Hati hati pengguna cotton buds tegar
Tgh tgh siok tu nnt tinggal pulak kat dalam hehe.

Saturday 30 August 2014

BEE HOON SUP UTARA

Bee Hoon sup UTARA
First time saya masak sup ni sebab Mr Hubs sangat suka makan jadi bila dah lama duduk kk mcm susah pulak nak makan makanan belah sana kan?? Mau xmau saya kena usahakan jugak memasak untuk dia.
Bee hoon sup ni saya rasa kalau kat changloon atau langakawi selalu ada lebih lebih lg bila time pasar malam kan??
Hehe alhamdulilah biar jarang sekali berperang kat dapur ni x pernah gagal lg mencuba sbb sya ni jenis derhaka semua sya ubah janji ada basic dia..
Sup saya ni saya campur tulang dan isi bayangkan sedap dia mcm mana?? Wakaka.
Sambal merah saya tu pun saya ubah dengan menggunakan air dari sup tulang saya dan biar dia masak sampai betul betul masak.
Maksud saya lama lah.
Sambal kicap pun sya ubah dengan menggoreng cili dan bawang putih terdahulu sebelum di blend..
Sedap gak lah yg penting Mr Hubs makan 4 mangkuk.
Selamat Menjamu Mata

Wednesday 27 August 2014

DURIAN DALIT

Nyum nyum Durian Dalit cantik kan warna dia merah.
Rasanya Durian ni cuma ada di kk saja hehe sedap.
Beza rasa dia ngan Durian lain dia lebih lemak dari durian biasa..
Ada 2 kaler satu merah satu kuning.
Buah dia x besar sama mcm durian kampung gak..

MISTERI


Hari ni aku di kejut kan dengan panggilan dari seorg kawan, mau x tekejut kan dah lah hujan lebat pulak..kawan ni kira kawan lama jugak lah kawan zaman purba org kata waktu tu guna fon NEC lagi..apa yg buat aku terkejut tu sbb setahu aku dia baru kawin 3 bulan dan sekarang dia cakap dia dah jadi balu ya allah tekejut beruk aku dengar..aku pun ucapkan takziah kat dia..
Biasalah kita kalau dengar perkataan Meninggal tu automatic keluar dari mulut atau dalam.fikiran nak tau pasal apa sakit apa dimana mcm mcm lah kan?? Standard org melayu..mcm aku lah melayu hehe..
Lama dia diam dia kata cuba kau fkr pernah tak org kena gigit tebuan meninggal dalam masa berapa jam ja?? Aku pun ternganga kejap aku x pernah dgr lagi lah kes mcm tu aku pun tanya dia balik kenapa banyak ekor ka tebuan tu dia masuk ladang ka mcm mana?? Alah biasalah soalan aku kan?? Mcm kau jugak lah kot hehe.
Dia kata x zie dia kena gigit tebuan tu seekor ja dalam rumah dan dalam bilik tido kami! Tapi sebelum kena gigit tu dia demam.kawan aku cakap kat aku lah..
Yg aku ni masih diam seribu bahasa dalam otak aku mungkin dah mmg waktu dia kot ajal kan kita x tau..
Kawan aku cakap lepas dia kena gigit tebuan tu dia berpeluh kawan aku pun lap lah badan dia dengan towel, kawan aku tanya dia nak pi hospital ka kawan aku paksa banyak kali dia kata xpayah sbb dia nak tido bagi dia rehat..so kawan aku tinggal kan dia rehat dalam 1 jam balik dia tgk laki dia dah xda.ambulance dtg dan doktor cek mmg sah dah meninggal..dr pun minta kebenaran cek buat posmoterm ka aku pun xtau mak kawan aku x bg sbb dia kesihan kat husband kawan aku tu ya lah kan cina mualaf DR pun heran kenapa mcm mana boleh jadi semua tanda tanya???

Kawan aku pun cerita lah dia ni ada org dengki pastu xgf dia pernah ugut kawan aku ngan lelaki ni dia kata perempuan tu cakap aku xkan biar kau hdp senang..
Aku pun takut lah jugak dengar mcm ni nauzubilah minzalik.
Minta simpang lah sgt..tu lah aku x suka berkawan sbb2 mcm ni..mana kita sangka dalam  2014 ni masih ada org guna ilmu hitam bagai kan? Xmau jadi korban..
Kadang2 kawan makan kawan cukup banyak di mana2..selalu org buat tersebut merasa sakit hati terhadap korban..berbuat baiklah pada semua org jgn buat org sakit hati atau pun kesal..
Ini pesanan buat ku sendiri..
Buat baik pun banyak x suka buat x baik lagi org x suka...
Allah Maha Besar.
Syukur aku di berikan kesihatan yg baik hingga hari ini..
Semoga Allah melindungi ku dan keluarga ku
AMIN.

Monday 18 August 2014

BELL BOTTOM's is BACK

*pic google*
Alohaaaaa.......bila tgk gambar ni terkenang masa kegemilangan dulu2 hehe, bukan saja saya tau yg lalui pengalaman pakai seluar ni?? Semua mesti pernah pakai even my mak dulu dulu pun pakai seluar ni xyah sebut seluar apa semua org tau apa nama dia kan???? Hahaha BELL BOTTOMs kan?? Teringat waktu time sekolah menengah rasanya seluar ni jadi pilihan remaja2.jadi rindu pulak nak pakai lg.
Rasanya yg lama masih tersimpan rapi dalam kotak pusaka sya hehe.tak tau boleh muat xlg ya?? Tau lah masa tu kan slim kurus sekarang dah jadi bolaat mcm kayu balak...apa apa lah...
Cerita boring di pagi hari..
Sekian wasalam..
Selamat bekerja..!

Friday 15 August 2014

DIET ALA ME

Good Morning..
Bukan main tajuk kan?? Betul ka DIET ni?? Tengok x kurus2 pun naik lagi ada hahaha.apa pun menu ni mmg baik untuk diet..sebab dia sup kan jadi x makan nasi dah cuma makan soo hoon saja..rasa dia ssh nak terang tapi kalau org yg suka makan  Chinese food ni mmg dorang akan kata ok lah...

MuLuT

Hi...Lama sepi kan tau lah Raya Raya Raya...Tapi pelik raya tahun ni x berapa ada cerita nak UP pun sebab terlalu bz layan tetamu dan sya sendiri bejalan sana sini hahaha meriah kan?? Lain kali saya UP pulak lah cerita raya saya...skrg ni dan waktu ni saya nak bercakap ttg MULUT...kenapa ah kadang manusia kalau dia cakap dia x fkr dulu benda tu elok ka tak ka?? Tapi bila kita jawab dia balik tau pulak terasa kan?? Knp kau seorg ja ka manusia?? Ada hati tau terasa org lain xtau xda hati dan perasaan?? Kadang sya fkr baik xda kawan xda sakit hati kan?? Tapi kita hdp dalam dunia ni kalau x mau berkawan baik duduk dalam hutan..
Bila org tengok muka kita ni kencang xmau nak senyum mula pulak buat andaian sombong bagai tapi bila kita senyum melawak bagai ah lupa lah adat hormat semua kan?? Dah biasa kadang bergurau pun terlebih2.sampai x ingat dunia x ingat benda ni mcm mana ok ka x?? Boleh ka x terasa ka?? Bila kena kat diri sendiri terus buat mcm dia lah seorg ada hati perasaan..
Senang sebenarnya kita ni bukan nak kena mengalah atau umur jadi alasan kan?? Tapi pakai kepala hotak yg Tuhan bagi akal fikiran tu?? Tanya diri sendiri kalau org buat kat aku ni atau cakap kat aku ni aku terasa tak?? Aku ambik hati tak?? Senang kan kalau kau rasa x sakit fkr lagi eh boleh ka tanya boleh kah kata mcm ni?? Senang kan?? Kalau x tanya pun rasanya kau x mati pun x rugi pun??
Mulut tu jaga lah..mulut ni ibarat senjata yg lebih tajam dari pedang..dari mulut ni lah mcm2 hal boleh jadi..takpa lah kan time kat dunia ni perang mulut best arrr aku maki kau, kau maki aku, aku kata kau kau kata aku xpa..jgn lupa sapa pun kita hari ni esok lusa kita akan mati masa tu nanti xtau lah mcm mana nak cari kat sana...
Org tua kata kerana mulut badan binasa..telajak perahu boleh di tarik terlajak kata??? Lu fkr lah sendiri....takda manusia yg sempurna di dunia ni, tapi x salah kalau kita cuba perbaiki diri sendiri dari rasa diri tu 101% baik.
Sekian...

Sunday 13 July 2014

PAD PRIK & KERABU TEMBIKAI

Pad Prik & Kerabu Tembikai saya masak sendiri untuk kenduri Tahlil  Pakcik saya Rahman Momen & saya tumpang kan sekali Allahyarham Roplis Kasa iaitu Bapa Mertua saya..
Alhamdulilah kerna niat hati nak sedekahkan dua menu ini saya dapat memasak dengan bangga dan cantik nya hehehe..
Kenapa..kenapa..kenapa...
cuba baca dari awal saya berlekat lekat ngan blog kan jarang sya up gambar saya masak?? Sbb saya jarang masak..tau makan ja pun..
Tetapi hari ni sya hentam jugak walaupun saya tau kenduri ramai org kan?? Nnt sakit perut naya pulak hehe..
Dalam kesibukan Mak & Makcik saya memasak menu yg ada iaitu Kari Ayam, Daging DengDeng, Udang Sos, Ikan Goreng, Sayur Campur
Diam diam saya melarikan diri ke rumah abg saya Fadziel dan bini dia Rainah Mustafa...
tekejut beruk my bro and sis inlaw
Adik dorang nak memasak hehe
Tup tap tup tap siap..first time masak and alhamdulilah licin...tu ja lah..bye..
Kesimpulan di atas mungkin nawaitu kita buat semua jadi mudah kan? 

TAHLIL & DOA SELAMAT

Hi...diam diam rupanya dah hampir setahun saya bercakap sendiri dalam blog saya kan?? Alhamdulilah masih sihat walaupun kejap ada kejap xda kan?? Hehehe so hampir setahun jugak lah perginya pakcik saya allahyarham Rahman Momen..
Org cakap xda apa yg tinggal ngan kita bila seseorg tlh kembali ke rahmatullah cuma kenangan.walau macam mana manis pun kenangan yg di tinggal kan tetap jugak perasaan sedih kehilangan tu ada..
Flash back org kata..tahun lalu dalam kesibukan org menyambut puasa kami pulak sekeluarga sibuk ulang alik ke hospital..
Kesemuanya sudah ketentuan yg maha esa dia lebih mengetahui segalanya..
Saya doakan pacik tenang di sana dan di tempatkan di kalangan orang orang yg beriman..amin
Al-Fatihah.

Monday 7 July 2014

SEA FOOD DANORK

Nyum..Nyum...Bulan bulan puasa ni bila duduk kampung mula lah teringat kat DANORK THAI..bukan apa pun suka sambal dia berbeza dari pada sini..kalau nak bandingkan harga seafood sana dan di kota kinabalu di sini lg murah dan kebanyakan nya fresh...
Tapi ssh lah pulak nak cari yg banyak Telur mcm tu...

Sunday 6 July 2014

Just 1 Nite at Penang

Selepas beberapa jam Mr Husband drive dari kl nak balik ntah mcm mana plan bertukar stop kat penang dulu..wow dalam hati best nya mula mula fikir nak duduk hotel Hard Rock Cafe tapi hotel penuh masa tu..so pusing2 sampai pening dulu.last last Mr Husband cakap jom pi duduk hotel tu..sya tanya cantik x?? Mr Husband cakap boleh lah hotel lama, so saya pun cakap ok lah mahal tak?? Dia kata pi tgk dulu..so apa lg jom..
THE NORTHAM ALL SUITE HOTEL
sini lah kami tdr lagi pun cuma semalam ja kan tgk kat lobby ok ja pun tapi mcm simple gak lah small coffee house.cakap ehmm xpa ok lah kot bilik pun masa tu x berapa mahal sgt cewah haha.
Rm 270 satu malam campur ++ dah tu..
Naik bilik dia wow cantik gak bersih luas ha penting ni dia bukan carpet ya?? Jadi xda bau yang kurang menyenangkan lah..
Toilet dia besar dalink..ruang tamu dia pun luas..
Sya suka sgt next time kalau pi lg nak duduk sini lah....
April 06 2014
*lama dah*

BERINGGIS RESORT

March 29 2014..hahaha lama dah kan tapi baru arini UP..xpa lah kan?? Fhm fhm lah org buta it ni mmg mcm ni hahaha..Ok ni Mr Husband punya plan Thanks Abg..dia kat kl sya kat KK..dia kata dia dah buat reservation kat beringgis resort dia minta maaf dia x dpt balik bawak ank2 cuti..so sya pun ikut ja lah..memandangkan pilihan jenis bilik yg dia pilih ialah sebua banglo hanya mempunyi 2 bilik tdr jadi dengan rela hati sya ckp kat Mak xpa lah Mak ngan anak2 dan jugak Pembantu duduk sini sya boleh balik umah..hehe lg best kat umah wifi full..amboi kuar tajuk dah ni sorry sorry...HOTEL BERINGGIS BEACH RESORT ni terletak di kinarut 20 minutes drive dari umah...kalau dari Airport 30 minutes mcm tu lah...
Ok kita continue ya harga bilik class banglo mcm Mr Husband ambik ni Rm680 satu malam free breakfast.
Bilik atas satu size KING SIZE BED luas boleh letak satu Quenn size bed lagi buat yg ada anak anak & ada toilet atas.Toilet dia cantik sgt mcm villa bali..Dibawah pulak ada DUA SINGLE BED dan toilet sama cantik mcm atas...no bathtub..
Resort ni dekat dengan Laut ya?? Sya x pandai berenang jadi saya x kisah sgt
KOLAM MANDI ha ni kena ada sbb cuti sekolah kan so bawak anak kena lah terjun KOLAM.
Kolam dia cantik selamat ok .
Harga Hotel Mungkin berbeza dari semasa ke semasa...chao

Anak Kucing Q

Hi...lama nya x up cerita apa apa kan tau lah saya ni org baru di sini,sebelum ni mmg senang nak up apa apa sebb sya menggunakan application yg bgs tuk tulis blog pastu dia break down tetiba so semua stuck and stock heheh..ok ni pun sya cuma nak try up satu dulu jadi ka x?? Ok gambar di atas tu gambar my cucu lah first cucu alhamdulilah the putis selamat semua..amin..

Monday 13 January 2014

HAPPY CAKE

Up satu dulu ni...kenapa tajuk HAPPY CAKE?? sebab saya suka kek dan suka mengarut bila nak order kek..hehe..
Selama saya duduk di changloon setiap perayaan mcm birthday kawan kah Mr Husband ka saya memang suka lah bab bab pilih reka bentuk kek ni puas saya google cari sampai satu masa tu WESTIN HOTEL hadiahkan Mr Husband kek untuk BIRTHDAY dia memandangkan WESTIN HOTEL tu di langkawi kitaorang ada kat changloon dia order KEK dari ALOR STAR dari sini lah detik permulaan saya jatuh cinta dengan rasa dan reka bentuk dari KEDAI KEK SAYANG ni..dengan rasa happy hari ni saya nak bgtau dah x susah saya nak order kek sekarang ya lah kena minta tolong ngan org order selalu nya kan menyusah namanya tau lah changloon nak ke alor star tu kalau setakat order kek mmg Mr Husband ni tamau lah hehe belum pernah try sbb takut jawapan nya nnt mengecilkan hati..sekarang dari hari ini saya xkan menyusahkan org lain lagi bab kek ni??? Kenapa???? KEDAI KEK SAYANG ADA BRANCH JITRA dan OPENING IS TODAY....hoop hoop hoooorayyyyy....hahaha

*Tgk lah contoh kek dia atas tu contoh kek yg saya dah order..bangak lg tp x jumpa gambar*

Published with Blogger-droid v2.0.10

Thursday 2 January 2014

HOTEL SANDAKAN

Hi Happy New Year....
Nak up satu story saja hari ni berkenaan dengan HOTEL SANDAKAN cantikan hotel ni mmg cantik pun dan sangat luas..tengok kat gambar tu katil queen size dua biji pulak tu untuk kami berdua saya dan Mr Husband.sayang kalau bawak anak mesti best kan waktu ni cuti sekolah tapi x dapat bawak anak bersama atas sebab kerja sambil berjalan..harga bilik kita dapat sangat berbaloi RM180 sahaja..di luar hotel ni banyak kedai kedai paling best ada TOP SOTO MAKASAR kat sana sebut sandakan mmg dia org kata cari SOTO MAKASAR TEPI TRAFIC LIGHT dkt area HOTEL SANDAKAN...malam boleh makan di SEAFOOD FLOATING RESTAURANT 88 yummy the best WATANHO in town beb..bukan WANTAN ya jangan silap ya?? Nak tau cuba lah dulu..restaurant ni jugak ada buat FRESH IKAN BAKAR bayangkan betapa Fresh nya and the harga jugak mau mau umpph..kalau nak ikan bakar murah dan keadaan meriah sikit untuk pengalaman buat orang bukan sabahan boleh singgah di SIM SIM medan ikan bakar lah budget banyak ikan pun  sama jugak...beza dia SIM SIM atas darat lah 88 atas laut....yay....welcome to sabah...haha.

Published with Blogger-droid v2.0.10