Nuffnang..Jom Klik2

Thursday 31 October 2013

BANK & MONEY CHANGER BERGERAK

Cute kan van ni??canggih tak bangkok??sedangkan kita dengar mcm mcm cerita ganas tentang thailand kan??tetapi sebaliknya pulak bila kita btl btl kesana baru kita tahu keadaan di sana lebih selamat dari tempat kita sendiri...jangan pulak suruh saya pindah sana hehe...servis dorang mmg terbaik so yang kaki jalan tak kira waktu tu biar tengah malam pun kalau duit habis ha cucuk lah kat van ni dan kalau nak tukar duit pun silakan...hehehe

Published with Blogger-droid v2.0.10

UNEXPECTED GIFT

Terima kasih atas setiap pemberian dari kawan kawan yang tulus ikhlas menerima saya sebagai kawan...thanks to sis AMANDA kerna bagi saya sepasang rantai ni..semoga sis mendapat semua kebahagian di dunia dan akhirat..terima kasih ya allah kerna memberikan rezeki ni kepada saya...

*Lilly mcm ni mmg kena belajar jugak guna asesori hehehe*

Published with Blogger-droid v2.0.10

Wednesday 30 October 2013

FASHION MALL @ PRATUMAN

Sapa mau business baju asesori ha lai lai lai singgah PRATUNAM sini semua borong yang harga semua boleh runding..satu 50 kalau tiga 30...jauh kan beza harga dia??saya jangan tanya memang banyak saya beli baju saya baju anak baju kakak ipar saya semua ada disini yah senang ja cari tempat ni kalau nak best lagi boleh tinggal di SKY BAIYOKE..tinggi hotel ni boleh tgk satu bangkok...enjoy holiday..thank u Mr Hubs bawak saya pegi sini jimat duit dan cuci mata...

Published with Blogger-droid v2.0.10

SIAM PARAGON

SIAM PARAGON...ya allah shopping mall ni memang cukup termantap lah dalam shopping mall ni kalau ada duit semua boleh beli nak beli apa cakap??nak beli kereta??semua ada maaf lah gambar saya x berapa banyak sebab saya guna kan train kat sana jadi jalan tu sesak takut pulak..bila masuk dalam kepala saya pulak yg sesak memilih baju di H&M dengan keperluan lain biasalah kan ada anak so barang anak kena dahulu kan..kalau bawak anak pi sini tak sanggup kot rasanya sampai saya sendiri ternganga wow permainan ni saya tak pernah nampak saya tak pernah main macam macam ada...siapa suka ikan di bawah SIAM PARAGON ni lah terletaknya AQUA tu yah...maaf gambar saya x dpt up kan..sebab sebab tak lawa..hehehe

Published with Blogger-droid v2.0.10

JATUJAK MARKET BANGKOK

Lama tak up gambar dan cerita cerita kan??kali ni saya pergi bangkok selama 4 malam sampai bangkok jumaat malam jadi ngam ngam hujung minggu kan??memang niat nak datang hujung minggu sebab Jatujak Market akan lebih Meriah bila hujung minggu semua block buka dari BAJU,BAG,KASUT,PAKAIAN PEREMPUAN,LELAKI,KANAK KANAK,KAIN,CADAR,MAKANAN,TUMBUHAN,PERHIASAN DAN HAIWAN semua beroperasi pada hari JUMAAT hingga AHAD..masa ni jangan lah terfikir nak bermakeup tebal nak bertumit tinggi nak pakai kemas kemas..baik fikir pakai pakaian yg ringan sediakan bag besar hehehe senang untuk persiapan..mcm saya memang x di nafikan beribu orang ada keramaian dia orang dorang jugak malaysia indonesia pilipin ni majority akan jumpa di setiap kiosk yg ada hehe..mungkin diaorg datang untuk membeli barang yang akan di bawak balik sebagai bisnis..x lah kosong balik ada harapan cari duit sambil berjalan kan...ok lah nnti sambung ttg PRATUNAM pulak...see yah..

Published with Blogger-droid v2.0.10

Monday 21 October 2013

LIMITED

Hi...cuba teka saya ni ppuan kah lelaki??hehehe tengah mencari cari nama buat baby baru ni...kenapa tajuk LIMITED sebab dia baka mahal tak mampu nak beli banyak..dapat satu ja pun kira dah bersyukur...

Published with Blogger-droid v2.0.10

SATE

Keluar dari border danok ja dalam keadaan hujan hujan macam ni sejuk macam macam nak makan..terus terang saya kata kalau kedai makan kat changloon ni baik jangan lah berharap yang sedap huhu sorry yah tapi memang akan buat kita kecewa lah sampai saya sendiri kata baik makan kat umah sedap lagi kot saya yang masak..huhu..petang ni tak tau kenapa saya bagi tau kat laki Mr Hubs ni saya nak makan sate????hehe dia pun kata nak pi beli kah atau kita pesan orang?saya kata mcm mana pun xpa..jadi dia pesan lah kat org dalam masa 1 jam sate dah sampai...rasa dia mcm sate nak bg star hujan so xda...timun tu burung saya yg makan suka gak rupanya burung ni kat timun...hehe...

Published with Blogger-droid v2.0.10

HAPPY BIRTHDAY YAM

Lama x up gambar kan??sibuk berjalan sebenarnya hehe...saja masuk kan gambar ni sebab warna kek yang menarik perhatian saya..dan kek ni saya yang order buat kawan baik saya..hehe apa salah nya kita menghargai orang yang baik dengan kita kan?kek ni saya order di alor star dengan bantuan kawan jugak hehehe selama duduk di kedah ni memang saya suka order kat KEDAI KEK SAYANG ni..harga dia pun berpatutan bergantung dengan rasa dan bentuk yg kita nak..kalau kek yang saya order ni hanya 70rm sahaja dengan perisa YAM..macam nama kawan saya jugak...happy tgk org lain happy..

Published with Blogger-droid v2.0.10

Monday 14 October 2013

AYAM KAMPUNG

Sup ayam kampung ni memang kegemaran saya dari sejak saya mula melahirkan anak pertama..sup ni memang terkenal di kota kinabalu tempat di mana saya di lahirkan sebagai pemanas badan dan buang angin,sangat sesuai bagi orang yang baru sahaja melahirkan atau baru sahaja mengalami keguguran..tradisi ni turun menurun dari keluarga sebelah mama yang berdarah cina dan kadazan atau sino kadazan..selama masa berpantang cuma sup ini sebagai menu harian saya dan tidak membosankan walaupun selama 3 bulan..buat pengetahuan orang islam sup ini mengandungi LIHING atau arak yang di perbuat daripada BERAS dengan cara kampung kalau cara original nya tapi boleh jugak tidak meletakkan LIHING tersebut....hehehe

*sesuai dimakan waktu hujan demam dan rasa badan mempunyai angin.thank u*

Published with Blogger-droid v2.0.10

Thursday 10 October 2013

ME & SHAWL

Tadi dah cerita sedikit kesedihan hati kan?sekarang cerita tentang lawak dan lucunya pulak yer...okay yang SHAWL MERAH tu semua dah tahu kan di mana saya dapat kan??Ok sekarang gambar kedua tu saya nak ucapkan TERIMA KASIH kepada KAK KAJIJAH @ JEE JAH kerna telah menghadiahkan saya SHAWL@ PHASMINA bersama NINJA hehe..kalau salah tolong faham lah sebab hobi baru tu yang tak tau lagi apa nama manja benda tu nak ikutakan hati panggil tudung ja..Tapi saya kagum dengan semua org yang pakai tudung atau shawl atau apa pun kerna disitu pun dah di uji kesabaran kita untuk kelihatan sempurna dalam penampilan harian kan??nasib lah tak bocor kepala saya waktu pakai THARA SHAWL yg merah tu tau lah ngan JARUM selit tepi telinga hehehe tiru dekat youtube lah apa lagi ahayyy...waktu dapat ja buat walaupun sama tapi tak serupa hati saya rasa happy sangat sebab tak sangka kan boleh huhu sakai kah apa kah yg ada dalam fikiran org tu takpa saya x kisah pun asal saya HAPPY hehe...Yang sebelah tu mudah sikit dari yang merah sebab nya dia x pakai jarum tapi pakai keronsang atau pin kecik kat belakang jadi sorong tarik sorang tarik..org kata pi mai pi mai tang tu....hehe...gelak lah ngan keSAKAIAN saya ni saya izin kan...hehehe...

*1000 kali TERIMA KASIH kepada KAK JEE JAH & SIS LILLY*

Published with Blogger-droid v2.0.10

NAWAITU

Amin syukur kepada Allah kerana saya masih diberikan waktu untuk berubah insha allah..Niat di hati memang ada tetapi belum tau bila,melihat anak semakin membesar rasa malu untuk tdk memperbaik pulihkan diri yang masih banyak kekurangan lebih lebih lagi melihat kedua org tua semakin meningkat umur...Jutaan Terima kasih saya ucap kan kepada LILLY  yang baru saya kenal tetapi rasa senang dan mudah untuk saya ceritakan perit manis liku liku kehidupan saya seharian...Terima kasih kerna sudi mendengar melayan cerita saya yang kadang kadang terkeluar tajuk macam sekarang ni lah kan dah keluar tajuk...hehehe..Lilly terima kasih kerna telah bantu saya dapatkan THARA SHAWL by SUGARSCARFT ni adalah SHAWL saya yang pertama dan masih mencuba cara memakainya dengan sebaik mungkin bukan hanya menyarungkan di kepala sahaja tapi jugak di hati saya..dengan izin allah dan keluarga saya terutama bapa saya mak saya anak anak saya dan Mr Hubs,saya teringin menjadi yang baik walaupun bukan yang terbaik..cuma saya memerlukan sedikit masa untuk berubah..bersabar lah.Berbuat baik tdklah semudah berbuat jahat tapi dengan berkat doa orang orang yang paling berharga insha allah akan di permudahkan segalanya...
Ya allah kau lindungilah orang tua ku anak anak ku ahli keluarga aku memohon kepada mu...kau tambahkan lah lagi kekuatan kami untuk teruskan hidup di jalan mu...amin
* jangan menghakimi Q dengan apa yg kamu dengar atau nampak di ruangan Q tanpa mengenali Q..aq manusia biasa yg pernah melakukan kesilapan untuk q perbaik.berikan aq sedikit waktu*

Published with Blogger-droid v2.0.10

Wednesday 9 October 2013

THE BEST FOOD FOR MY CATS

- NO ADDED FILLERS
- GRAIN FREE
- ALLERGEN-FREE
- HELPS TO ACHIEVE&MAINTAIN IDEAL
    WEIGHT
- WARDS OFF DIABETES WITH EXTRA
    VIRGIN OLIVE OIL

Cerita tentang pengalaman saya memberi makanan kepada kesayangan saya daripada Royal Canin kira jenama elok dan sangat terkenal saya telah berpindah kepada TUSCAN NATURAL HARVEST saya beli kat KL waktu tu beli 7.5kg dengan harga RM 160.mahal tapi berbaloi buat anak anak bulus saya tak sampai sebulan semua gebu sihat gemuk paling penting tak ada masalah tentang poo mereka semua...insha allah nak teruskan bagi TUSCAN buat kucing kucings saya kat umah....

Published with Blogger-droid v2.0.10

RESEPI KU

Memasak salah satu perkara yang saya suka kadang kadang hehe..lagi lagi resepi luar...saya hidup merantau di negeri org ni memang kerap sangat lah..so resepi kambing ni saya dapat dari Manila Philippines...Orang sana panggil masakan ni ADOBONG KAMBING kalau orang kita pulak KAMBING MASAK KICAP..hehe nak jadikan cerita kalau kita tak pandai masak KAMBING ni dia akan mengeluarkan sedikit BAU yang kurang menyenangkan so kalau masak macam ni saya akan cuci daging kambing tu dengan air dan rebuskan bersama bawang besar dan halia..hehe kalau bab bakar pula saya akan campurkan sedikit yougart...selamat mencuba...

Published with Blogger-droid v2.0.10

Sunday 6 October 2013

KUCING Q MASALAH Q

Adui lah...tolong lah Mr Loba~Loba...jangan lah buat perangai jual mahal tu...dah lah gemuk malas pulak tu kesian lah kat girlfriend you tu...adui...yg cik putih@lola ni pun memilih lah sangat kot nak yang kurus macho hehe...tak kesian kah ngan Tita and Tito ni??bila lah kot nak merasa dapat baby kitten macam orang lain..kalau lola dah tak berani nak duduk dengan loba~loba ni??kenapa tetiba jadi garang bukan main...adui double trouble dah ni..kita cuba lagi k??hehe

Published with Blogger-droid v2.0.10

KPK RESORT DANORK BUKIT KAYU HITAM

Sekali up 2 keping gambar malam ni..tak tahu lah menjadi kah tidak?maklum sajalah guna fon kan hehe..Ok readers ceh macam lah banyak sangat orang nak membaca..kali ni saya tinggal kat KPK RESORT DANORK kat mana danork?dia salah satu border yang dekat dengan BUKIT KAYU HITAM area CHANGLOON.saya memang kerap ada kat danork ni maklum lah dekat dengan tempat tinggal Mr Husband saya dan lain cerita semuanya murah di DANORK ya.selalunya org yang menuju ke HATYAI terutama yang menaiki bas kah kereta kah mereka akan lalu jalan ni..so kali ni saya nak cari kawasan yang sunyi dan cantik Mr Husband cakap jom try HOTEL KPK GARDEN hotel baru harga semalam cuma 1200 THB free BREAKFAST extra masa charge di kenakan sebanyak 100 THB setiap satu jam.dengar cerita dalam kawasan SONGKLA hotel ni memiliki keluasan kolam renang yang Terbesar..bayangkan??so hotel ni boleh lah di jadikan tempat untuk bercuti bagi orang orang yang sudah berkeluarga bila di bandingkan dengan hotel hotel lain yang ada di DANORK ni....owner Hotel ni pun orang kita Cina Malaysia so ok lah...memang enjoy tidur hotel ni bilik dia luas bersih dan tidak bising..paling penting ada car park,security dan dan dan free wifi....dahhh...good nite

Published with Blogger-droid v2.0.10

Thursday 3 October 2013

HOORAY

Alhamdulilah saya dapat jugak kasut NIKE ni yang sudah menjadi WISHLIST hari tu...sampai sampai di Kuala Lumpur keesokan hari nya sya cepat cepat ajak Mr Hub's pi PAVILION cari kasut ni dalam hati macam mana lah kalau style ni x ada kat sini??cukup kah masa saya nak cari pat lain??maklumlah masa tu nak ambik flight ke langkawi....sampai saja di kedai Nike Pavilion tu dia mata saya tertumpu kepada Miss Red ni lah and cuma ada satu size saja untuk size kaki saya punyalah happy masa tu..x menyesal beli kasut ni..sangat sangat selesa di pakai.....

Published with Blogger-droid v2.0.10