Nuffnang..Jom Klik2

Thursday, 10 October 2013

ME & SHAWL

Tadi dah cerita sedikit kesedihan hati kan?sekarang cerita tentang lawak dan lucunya pulak yer...okay yang SHAWL MERAH tu semua dah tahu kan di mana saya dapat kan??Ok sekarang gambar kedua tu saya nak ucapkan TERIMA KASIH kepada KAK KAJIJAH @ JEE JAH kerna telah menghadiahkan saya SHAWL@ PHASMINA bersama NINJA hehe..kalau salah tolong faham lah sebab hobi baru tu yang tak tau lagi apa nama manja benda tu nak ikutakan hati panggil tudung ja..Tapi saya kagum dengan semua org yang pakai tudung atau shawl atau apa pun kerna disitu pun dah di uji kesabaran kita untuk kelihatan sempurna dalam penampilan harian kan??nasib lah tak bocor kepala saya waktu pakai THARA SHAWL yg merah tu tau lah ngan JARUM selit tepi telinga hehehe tiru dekat youtube lah apa lagi ahayyy...waktu dapat ja buat walaupun sama tapi tak serupa hati saya rasa happy sangat sebab tak sangka kan boleh huhu sakai kah apa kah yg ada dalam fikiran org tu takpa saya x kisah pun asal saya HAPPY hehe...Yang sebelah tu mudah sikit dari yang merah sebab nya dia x pakai jarum tapi pakai keronsang atau pin kecik kat belakang jadi sorong tarik sorang tarik..org kata pi mai pi mai tang tu....hehe...gelak lah ngan keSAKAIAN saya ni saya izin kan...hehehe...

*1000 kali TERIMA KASIH kepada KAK JEE JAH & SIS LILLY*

Published with Blogger-droid v2.0.10

NAWAITU

Amin syukur kepada Allah kerana saya masih diberikan waktu untuk berubah insha allah..Niat di hati memang ada tetapi belum tau bila,melihat anak semakin membesar rasa malu untuk tdk memperbaik pulihkan diri yang masih banyak kekurangan lebih lebih lagi melihat kedua org tua semakin meningkat umur...Jutaan Terima kasih saya ucap kan kepada LILLY  yang baru saya kenal tetapi rasa senang dan mudah untuk saya ceritakan perit manis liku liku kehidupan saya seharian...Terima kasih kerna sudi mendengar melayan cerita saya yang kadang kadang terkeluar tajuk macam sekarang ni lah kan dah keluar tajuk...hehehe..Lilly terima kasih kerna telah bantu saya dapatkan THARA SHAWL by SUGARSCARFT ni adalah SHAWL saya yang pertama dan masih mencuba cara memakainya dengan sebaik mungkin bukan hanya menyarungkan di kepala sahaja tapi jugak di hati saya..dengan izin allah dan keluarga saya terutama bapa saya mak saya anak anak saya dan Mr Hubs,saya teringin menjadi yang baik walaupun bukan yang terbaik..cuma saya memerlukan sedikit masa untuk berubah..bersabar lah.Berbuat baik tdklah semudah berbuat jahat tapi dengan berkat doa orang orang yang paling berharga insha allah akan di permudahkan segalanya...
Ya allah kau lindungilah orang tua ku anak anak ku ahli keluarga aku memohon kepada mu...kau tambahkan lah lagi kekuatan kami untuk teruskan hidup di jalan mu...amin
* jangan menghakimi Q dengan apa yg kamu dengar atau nampak di ruangan Q tanpa mengenali Q..aq manusia biasa yg pernah melakukan kesilapan untuk q perbaik.berikan aq sedikit waktu*

Published with Blogger-droid v2.0.10

Wednesday, 9 October 2013

THE BEST FOOD FOR MY CATS

- NO ADDED FILLERS
- GRAIN FREE
- ALLERGEN-FREE
- HELPS TO ACHIEVE&MAINTAIN IDEAL
    WEIGHT
- WARDS OFF DIABETES WITH EXTRA
    VIRGIN OLIVE OIL

Cerita tentang pengalaman saya memberi makanan kepada kesayangan saya daripada Royal Canin kira jenama elok dan sangat terkenal saya telah berpindah kepada TUSCAN NATURAL HARVEST saya beli kat KL waktu tu beli 7.5kg dengan harga RM 160.mahal tapi berbaloi buat anak anak bulus saya tak sampai sebulan semua gebu sihat gemuk paling penting tak ada masalah tentang poo mereka semua...insha allah nak teruskan bagi TUSCAN buat kucing kucings saya kat umah....

Published with Blogger-droid v2.0.10

RESEPI KU

Memasak salah satu perkara yang saya suka kadang kadang hehe..lagi lagi resepi luar...saya hidup merantau di negeri org ni memang kerap sangat lah..so resepi kambing ni saya dapat dari Manila Philippines...Orang sana panggil masakan ni ADOBONG KAMBING kalau orang kita pulak KAMBING MASAK KICAP..hehe nak jadikan cerita kalau kita tak pandai masak KAMBING ni dia akan mengeluarkan sedikit BAU yang kurang menyenangkan so kalau masak macam ni saya akan cuci daging kambing tu dengan air dan rebuskan bersama bawang besar dan halia..hehe kalau bab bakar pula saya akan campurkan sedikit yougart...selamat mencuba...

Published with Blogger-droid v2.0.10

Sunday, 6 October 2013

KUCING Q MASALAH Q

Adui lah...tolong lah Mr Loba~Loba...jangan lah buat perangai jual mahal tu...dah lah gemuk malas pulak tu kesian lah kat girlfriend you tu...adui...yg cik putih@lola ni pun memilih lah sangat kot nak yang kurus macho hehe...tak kesian kah ngan Tita and Tito ni??bila lah kot nak merasa dapat baby kitten macam orang lain..kalau lola dah tak berani nak duduk dengan loba~loba ni??kenapa tetiba jadi garang bukan main...adui double trouble dah ni..kita cuba lagi k??hehe

Published with Blogger-droid v2.0.10

KPK RESORT DANORK BUKIT KAYU HITAM

Sekali up 2 keping gambar malam ni..tak tahu lah menjadi kah tidak?maklum sajalah guna fon kan hehe..Ok readers ceh macam lah banyak sangat orang nak membaca..kali ni saya tinggal kat KPK RESORT DANORK kat mana danork?dia salah satu border yang dekat dengan BUKIT KAYU HITAM area CHANGLOON.saya memang kerap ada kat danork ni maklum lah dekat dengan tempat tinggal Mr Husband saya dan lain cerita semuanya murah di DANORK ya.selalunya org yang menuju ke HATYAI terutama yang menaiki bas kah kereta kah mereka akan lalu jalan ni..so kali ni saya nak cari kawasan yang sunyi dan cantik Mr Husband cakap jom try HOTEL KPK GARDEN hotel baru harga semalam cuma 1200 THB free BREAKFAST extra masa charge di kenakan sebanyak 100 THB setiap satu jam.dengar cerita dalam kawasan SONGKLA hotel ni memiliki keluasan kolam renang yang Terbesar..bayangkan??so hotel ni boleh lah di jadikan tempat untuk bercuti bagi orang orang yang sudah berkeluarga bila di bandingkan dengan hotel hotel lain yang ada di DANORK ni....owner Hotel ni pun orang kita Cina Malaysia so ok lah...memang enjoy tidur hotel ni bilik dia luas bersih dan tidak bising..paling penting ada car park,security dan dan dan free wifi....dahhh...good nite

Published with Blogger-droid v2.0.10

Thursday, 3 October 2013

HOORAY

Alhamdulilah saya dapat jugak kasut NIKE ni yang sudah menjadi WISHLIST hari tu...sampai sampai di Kuala Lumpur keesokan hari nya sya cepat cepat ajak Mr Hub's pi PAVILION cari kasut ni dalam hati macam mana lah kalau style ni x ada kat sini??cukup kah masa saya nak cari pat lain??maklumlah masa tu nak ambik flight ke langkawi....sampai saja di kedai Nike Pavilion tu dia mata saya tertumpu kepada Miss Red ni lah and cuma ada satu size saja untuk size kaki saya punyalah happy masa tu..x menyesal beli kasut ni..sangat sangat selesa di pakai.....

Published with Blogger-droid v2.0.10